MAB

Friday, August 13, 2010

PRINSIP TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Menurut Eggen dan Kauchak, antara prinsip-prinsip teori pembelajaran kognitif ialah otak manusia memainkan peranan yang aktif untuk memahami persekitaran. Ini bermakna setiap tindakbalas terhadap persekitaran bergantung kepada individu tersebut bagaimana untuk menyelesaikannya. Setiap ransangan yang diterima oleh otak akan mengalami pemprosesan maklumat. Selain iu, pengalaman individu membantu pembelajaran dan perkembangan mental merupakan salah satu prinsip kognitif. Ini bermakna, pengalaman individu yang lebih akan memberi kesan positif dalam pembelajaran dan perkembangan. Selain itu juga, teori kognitf meletakkan pelajar sebagai  Pembina pengetahuan, bukan sekadar merekod apa yang mereka peroleh. Ini bermakna, teori pembelajaran ini lebih berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dibina bergantung pada pengetahuan sedia ada pelajar juga adalah prinsip teori pembelajaran kognitif. Menurut Ausubel, pembelajaran bergantung pada penegtahuan asas sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia ada ataupun persembahan maklumat umum ataupun gabungan kedua-duanya. Selain itu antara prinsip teori pembelajaran kognitif ialah pembelajran meningkat dalam persekitaran social yang sesuai. Ini termasuk dengan bahan bantu mengajar dan bagaimana seorang guru menyampaikan ilmu kepada pelajar. Jika persekiatan social yang baik, maka proses pembelajaran akan bertambah baik. Selain itu juga, pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas. Ini bermakna pembelajaran dua hala amat penting bagi membantu pembelajaran tersebut.

 

Thursday, August 12, 2010

SEJARAH TEORI KOGNITIF



Sebelum ini, sikap manusia tidak akan dikaitkan dengan bidang psikologi walaupun kajian telah dijalankan beberapa lamanya.Para psikologi sering mengaitkan sikap manusia berkait rapat dengan naluri dan diikuti pula dengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah kosong. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan peranannya. Berikut dengan itu juga kajian mengenai sikap dan tingkah laku manusia dijalankan.

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga m/s 691 kognitif telah didefinisikan sebagai segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran , pemahaman dan pemerolehan pengetahuan . Proses kognitif ini hendaklah dianggap sebagai satu fenomena yang kita tidak boleh lihat secara langsung. 

Pendekatan kognitif lebih menekankan pada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Atau dengan perkataan lain ia lebih memberi focus kepada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru .Secara ringkasnya,teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. 

Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.

Sebagai kesimpulannya,seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. Sebagai manusia yang telah dikurniakan otak untuk berfikir, kita seharusnya dapat bertindak balas degan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dan bersedia pula untuk berubah sikap jika kita dapati bahawa idea kita sebelum ini adalah salah atau negatif.