MAB

Friday, August 13, 2010

PRINSIP TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Menurut Eggen dan Kauchak, antara prinsip-prinsip teori pembelajaran kognitif ialah otak manusia memainkan peranan yang aktif untuk memahami persekitaran. Ini bermakna setiap tindakbalas terhadap persekitaran bergantung kepada individu tersebut bagaimana untuk menyelesaikannya. Setiap ransangan yang diterima oleh otak akan mengalami pemprosesan maklumat. Selain iu, pengalaman individu membantu pembelajaran dan perkembangan mental merupakan salah satu prinsip kognitif. Ini bermakna, pengalaman individu yang lebih akan memberi kesan positif dalam pembelajaran dan perkembangan. Selain itu juga, teori kognitf meletakkan pelajar sebagai  Pembina pengetahuan, bukan sekadar merekod apa yang mereka peroleh. Ini bermakna, teori pembelajaran ini lebih berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dibina bergantung pada pengetahuan sedia ada pelajar juga adalah prinsip teori pembelajaran kognitif. Menurut Ausubel, pembelajaran bergantung pada penegtahuan asas sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia ada ataupun persembahan maklumat umum ataupun gabungan kedua-duanya. Selain itu antara prinsip teori pembelajaran kognitif ialah pembelajran meningkat dalam persekitaran social yang sesuai. Ini termasuk dengan bahan bantu mengajar dan bagaimana seorang guru menyampaikan ilmu kepada pelajar. Jika persekiatan social yang baik, maka proses pembelajaran akan bertambah baik. Selain itu juga, pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas. Ini bermakna pembelajaran dua hala amat penting bagi membantu pembelajaran tersebut.