MAB

Wednesday, August 18, 2010

AUSUBEL-PENGASAS TEORI KOGNITIF

David Ausubel dilahirkan pada 25 Oktober tahun 1918 dan telah dibesarkan di Brooklyn, New York. Beliau telah menamatkan pelajaran di Universiti Pennsylvania dimana beliau telah dianugerahkan sijil kehormat pada tahun 1939, dengan menerima ijazah sarjana muda dalam major Psikologi. Ausubel kemudiannya menamatkan pelajaran beliau di Sekolah Perubatan di Universiti Middlesex pada 1943. Beliau telah berkhidmat dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dimana beliau telah mendapat M.A dan Ph.D dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti Columbia pada 1950. Pada 1973. Ausubel bersara dari bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Semasa latihan psikaitri, Ausubel telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau telah menerima Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau yang memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada umur 75 tahun, Ausubel bersara dari bidang professional dan melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan dan telah menghasilkan empat buah buku yang terkenal.


Teori Pembelajaran Ausubel
David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.

Teori pembelajaran Ausabel merupakan salah satu dari teori pembelajaran yang menjadi dasar dalam ‘cooperative learning’. Menurut Ausubel (Dahar 1996) bahan subjek yang dipelajari murid mestilah “bermakna” (meaningfull). Pembelajaran bermakna merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta-fakta, konsep-konsep, dan generalisasi-generalisasi yang telah dipelajari dan diingat murid. Suparno (1997) mengatakan pembelajaran bermakna adalah suatu proses pembelajaran di mana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dimiliki seseorang yang sedang melalui pembelajaran.

Pembelajaran bermakna terjadi apabila murid boleh menghubungkan fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka. Ertinya, bahan subjek itu mesti sesuai dengan keterampilan murid dan mesti relevan dengan struktur kognitif yang dimiliki mereka. Oleh itu, subjek mesti dikaitkan dengan konsep-konsep yang sudah dimiliki murid, sehingga konsep-konsep baru tersebut benar-benar terserap oleh mereka. Dengan demikian, faktor intelektual-emosional murid terlibat dalam kegiatan pembelajaran.

Pembelajaran sejarah bukan hanya sekadar menekankan kepada pengertian konsep-konsep sejarah belaka, tetapi bagaimana melaksanakan proses pembelajarannya, dan meningkatkan kualiti proses pembelajaran tersebut, sehingga pembelajaran tersebut menjadi benar-benar bermakna. Dengan pembelajaran koperatif, tentu bahan sejarah yang dipelajarinya tidak hanya sekadar menjadi sesuatu yang dihafal dan diingat, melainkan ada sesuatu yang dapat dipraktikkan dan dilatih dalam situasi nyata dan terlibat dalam penyelesaian masalah. Dengan demikian, pembelajaran koperatif akan dapat mengusir rasa jemu dan bosan pembelajaran mata pelajaran sejarah yang lebih banyak menggunakan pendekatan ekpositori (Al Muchtar 2002), khasnya pembelajaran sejarah yang selalu bermasalah selama ini.

Menurut Ausubel, penyelesaian masalah yang sesuai adalah lebih bermanfaat bagi murid dan merupakan strategi yang efisien dalam pembelajaran. Kekuatan dan makna proses pemecahan masalah dalam pembelajaran sejarah terletak pada kemampuan siswa dalam mengambil peranan pada kumpulannya. Untuk melancarkan proses tersebut maka diperlukan bimbingan secara langsung daripada guru, sama ada secara lisan mahupun dengan tingkah laku, manakala murid diberi kebebasan untuk membangunkan pengetahuannya sendiri. Hal ini merupakan penekanan dalam pembelajaran koperatif atau cooperative learning.

Selanjutnya Ausubel mengatakan bahwa ada dua jenis belajar, iaitu belajar bermakna (meaningful learning) dan belajar menghafal (rote learning). Bahan pelajaran yang dipelajari haruslah bermakna. Belajar bermakna adalah suatu proses di mana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dipunyai seseorang yang sedang belajar. Belajar akan bermakna bila murid mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta-fakta, konsep konsep dan generalisasi-generalisasi yang telah dipelajari dan diingat oleh murid.

(a)Model Pembelajaran Ekspositori
Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).

(b)Penyusunan Awal
Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut. Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:
Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.

Monday, August 16, 2010

BRUNER-PENGASAS TEORI KOGNITIF



Seymour Jerome Bruner


Seymour Jerome Bruner telah dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Insan yang lebih dikenali sebagai J.Bruner ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Anak kepada Herman dan Rose (Glickmann) Bruner, telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Bruner bersekolah di sekolah umum, lulus dari sekolah tinggi pada tahun 1933, dan masuk Duke University di mana ia mengambil jurusan psikologi, mendapat gelaran AB pada tahun 1937. Bruner kemudian mengejar kajian pascasarjana di Harvard University, menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force Eropah. Beliau memainkan peranan yang penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik moden di Amerika Syarikat. 


Antara pencapaian yang telah diperolehi oleh berliau adalah seperti, BA, Duke University, 1937, PhD, Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard (1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA Pingat Emas, 1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk memahami fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences.


MAKLUMAT TEORI


Jerome Bruner telah banyak menghasilkan penulisan dalam bidang teori-teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Kebanyakkan hasil penyelidikan beliau, terutama bukunya yang berjudul The Process of Education, telah menjadi bahan rujukan yang penting dalam menggubal kurikulum matematik moden di kebanyakkan negara. 


Bruner telah mengembangkan teori pembelajaran konstruktivis, di mana, antara lain, beliau telah menggambarkan proses pembelajaran, situasi yang berbeza dari perwakilan dan karakteristik teori Arahan. Bruner telah mengambil banyak karya Jean Piaget. 



BELAJAR


Belajar pada dasarnya adalah kategori yang terjadi untuk memudahkan interaksi dengan realiti dan memudahkan tindakan. Kategori tersebut berkait rapat dengan proses seperti pemilihan maklumat, generasi proposal, fasilitasi, proses membuat keputusan dan pembinaan dan ujian hipotesis. Murid yang belajar berinteraksi dengan realiti menetapkan kemasukkan yang sesuai dengan kategori mereka sendiri. Di mana mereka akan menentukan kategori konsep yang berbeza.


Hal ini kerana ini kerana belajar adalah sebuah proses aktif dari persatuan dan pembinaan. Konsekuensi lain merupakan struktur pengetahuan para pelajar yang sebelumnya (model mental mereka dan skim), merupakan faktor penting dalam belajar. Ini memberi makna kepada organisma untuk menimba pengalaman dan membolehkannya untuk membentuk suatu media seperti peraturan ini: 


a) menentukan sifat-sifat penting dari para ahlinya, termasuk komponen esensialnya.


b) menggambarkan bagaimana mereka harus diintegrasikan komponen penting.


c) menentukan batas-batas toleransi atribut yang lain untuk ahli termasuk ke kategori. 


Bruner membezakan dua proses yang berkaitan dengan kategori: pembentukan konsep (mempelajari konsep yang berbeza) dan konsep Tingkat (mengenalpasti sifat yang menentukan kategori). Bruner berpendapat bahawa pembentukan konsep merupakan proses yang terjadi lebih semua daripada konsep pada orang 0-14 tahun, sementara konsep konsep Tingkat pembentukan berlaku bukan dari usia 15 tahun. 


Menurut Bruner (1973), konsep boleh di kelaskan kepada tiga kategori, iaitu konsep konjuntif, konsep disjuntif dan konsep hubungan.

· Konsep konjuntif


Merujuk kepada konsep yang mempunyai beberapa atribut yang tergabung dan tidak boleh dipisahkan ataupun dikurangkan. Apabila atribut ini diketepikan, maka, konsep tersebut menjadi kurang lengkap.


· Konsep disjuntif


Merujuk kepada atribut-atribut yang tergabung di dalam konsep ini boleh digunakan dalam satu situasi ataupun situasi yang lain. 


· Konsep hubungan


Merujuk kepada kepada hubungan khas antara satu sama lain yang wujud diantara antribut-antribut tersebut. Kebanyakkan hubungan ini biasanaya terdiri daripada antribut-antribut yang mengandungi masa dan ruang.
Bruner berpendapat, fungsi konsep utama adalah menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea, dengan bertujuan memudahkan pengurusan agar lebih ringkas, mudah difahami, mempelajari serta mengingati. Bahasa ialah perwakilan penting dalam perkembangan kognitif manusia. Beliau mempercayai manusia mula menggunakan tindakan sebagai usaha memahami alam sekitar, dan apabila tindakan tidak mencukupi, ia akan bertukar kepada penggunaan gamabar atau perwakilan simbol di mana bahasa memainkan peranan. 


ASPEK TEORI PEMBELAJARAN


Bruner berpendapat bahawa setiap teori Arahan harus mempertimbangkan empat aspek berikut:


1) kecenderungan terhadap pembelajaran


2) bagaimana pengetahuan boleh ditetapkan sehingga yang terbaik untuk diinternalisasi oleh pelajar


3) urutan paling efektif dalam menyajikan bahan bantu mengajar


4) Sifat dari hadiah dan ganjaran. 



IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Berikut adalah implikasi dari teori Bruner dalam pendidikan: 
a) Teorem pembelajaran Matematik


Dalam mengenal pasti faktor-faktor yang terlibat Bruner dan Kenny (pembantunya) telah membuat pemerhatian di dalam kelas Matematik. Hasilnya mereka telah Berjaya membina empat teorem pembelajaran seperti berikut:


· Teorem Pembinaan


Merupakan cara paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik. Caranya adalah dengan membina perwakilan untuk konsep, prinsip mahupun hukum Matematik tersebut. Para pelajar perlulah menjalankan sendiri aktiviti-aktiviti konkrit agar mereka lebih memahami. 


· Teorem Tatatanda


Tatatanda Matematik ini perlulah mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar itu sendiri. Ianya perlulah bermula dari mudah ke sukar mengikut tahap pemikiran pelajar pada waktu itu.


· Teorem Kontras dan Variasi


Operasi ini terjadi apabila terdapat prosedur perkenalan perwakilan abstrak daripada perwakilan konkrit. Konsep Matematik kebanyakkannya tidak memberikan makna kepada pelajar jika mereka tidak dapat membezakan konsep yang lain. Konsep nombor ganjil dan nombor genap perlu dijelaskan dengan membandingkan sifat-sifat yang berbeza dalam kedua-dua jenis nombor tersebut.


· Teorem Perhubungan


Konsep, prinsip dan kemahiran Matematik adalah saling berkaitan dengan kemahiran yang lain. Di dalam proses pembelajaran, guru perlu bijak mengaitkan konsep-konsep, prinsip-prinsip atau kemahiran yang baru kepada pelajar. 

b) Strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik


Seseorang murid belajar dengan cara menemui strukturkonsep-konsep yang dipelajari. Oleh yang demikian, Bruner berpendapat kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Selain itu, pengajaran adalah berdasarkan rangsangan murid tersebut terhadap pengetahuan sedia ada mereka. Beliau turut mengatakan bahawa pembelajaran Matematik akan menjadi lebih mudah dengan penggunaan symbol untuk mewakili konsep-konsep yang berbentuk abstrak. 

c) Prinsip-prinsip pengajaran-pembelajaran


Melalui buku tulisan Bruner (1966) yang berjudul Toward a Theory of Instruction, beliau menghuraikan empat prinsip pengajaran-pembelajaran berlandaskan teori yang dikemukakan oleh beliau sendiri.


· Prinsip motivasi


Bruner mempercayai bahawa kanak-kanak yang baru masuk sekolah mempunyai dua jenis motivasi diri, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Intrinsik ingin tahu adalah satu motivasi yang mendorong minat kanak-kanak terhadap benda di sekeliling mereka. Manakala, dorongan untuk mencapai kecekapan diri adalah aktiviti yang menggerakkan mereka untuk mencuba secara rela hati dengan menyempurnakannya sendiri disamping saling bersaing sesame mereka. 


· Prinsip struktur


Prinsip struktur memberikeutamaan terhadap isi pelajaran yang sesuai dengan bentuk pengajaran, dan apa jenis bentuk pengajaran yang sesuai digunakan kepada murid itu sendiri. Bruner mencadangkan, penggunaan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak.


· Prinsip sekuen


Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang pertama (prinsip kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi untuk menimbulkan motivasi yang berterusan kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Prinsip seterusnya adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar. Kaedah dan teknik mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu. Secara tidak langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan mental kanak-kanak. Prinsip sekuen ini dapat menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama serta keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.


· Prinsip peneguhan


Bruner mencadangkan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan sebagai strategi pengajaran-pembelajaran untuk member kesempatan kepada kanak-kanak membuat kajian sendiri, agar mereka akan memperolehi kepuasan daripada dapatan kajiannya, demi menghasilkan peneguhan positif yang diharapkan. 


d) Pembelajaran inkuiri-penemuan (Discovery Learning)


Kaedah ini digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, guru perlulah mengatur situasi pembelajaran untuk pelajar mereka dalam mengenal pasti masalah yang ditimbulkan, memahami dan menganalisisnya serta berusaha mencari alternatif jawapan sendiri.


e) Pembelajaran konsep hukum dan prinsip melalui pendekatan induktif 


Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan. Penggunaan kaedah ini memerlukan guru memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Melalui contoh-contoh inilah, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung di dalam contoh-contoh tersebut. Sejerus itu, mereka mampu membuat kesimpulan sendiri mengenai topik tersebut.


ANALISIS SWOT


Analisis SWOT adalah sebuah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai Kekuatan, Kelemahan, Peluang, dan Ancaman yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam sesuatu teori yang dikemukakan. Bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor dalaman dan luaran yang menguntungkan dan tidak menguntungkan untuk mencapai tujuan tersebut. 


Oleh yang demikian, analisis kesimpulan yang boleh didapati dalam teori Bruner ini adalah terdapat kelebihan dan kelemahan yang tidak dapat dielakkan. Kebaikan yang dapat ditonjolkan adalah ianya lebih berpusatkan kepada murid. Di mana teori ini memerlukan murid berfikir secara kritikal dalam menerima proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, ianya dapat membantu murid-murid untuk melihat dari pelbaga perspektif yang berbeza, murid dapat menganalisis perbezaan dan persamaan yang telah dipelajari. 


Manakala, kelemahan yang tidak dapat dielakkan adalah, murid hanya akan mengunakan kehendak dan emosi dalam memastikan mereka mencapai objektif pelajaran tersebut. Tetapi, jika dilihat dari segi peluang, murid-murid akan belajar mempunyai pendirian dan keyakinan pada diri sendiri. Selain, ianya tidak menyekat pengetahuan murid tersebut. Ancaman yang mungkin dihadapi adalah, apabila tenaga pengajar melebih-lebihkan murid yang lebih menonjol berbanding murid-murid yang lain. Maka, tanpa disedari wujud satu suasana bias di kalangan murid-murid.


Menyedari akan kelebihan, kekurangan, peluang dan ancaman dari teori ini, guru perlu bersikap proaktif dan kreatif dalam mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Agar dapat mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan murid-murid.

Sunday, August 15, 2010

TEORI CELIK AKAL KOHLER


Wolfgang Kohler (1887-1967)

BIODATA KOHLER

Wolgang Kohler adalah seorang ahli psikologi yang merupakan pengasas Psikologi Gestalt bersama Kurt Koffka. Kohler terkenal dengan jenis pembelajaran celik akal hasil kajian beliau mengenai pemerosesan kognitif khususnya proses menyelesaikan masalah. Pada tahun 1914 semasa Perang Dunia Pertama, beliau telah menjalankan kajian ke atas lima ekor cimpanzi iaitu Chica, Grande, Konsul, Rana, dan Sultan di Tenerife, Pulau Canary. Berdasarkan hasil kajian tersebut, beliau telah menerbitkan buku berjudul The mentality of Apes pada tahun 1924. Melaui eksperimen yang telah dijalankan, beliau mendapati bahawa apabila haiwan itu berdepan dengan masalah, haiwan itu akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya.  Dalam hal ini, manusia juga mengalami situasi yang sama, iaitu penyelesaian “aha!” terhadap masalah yang mereka hadapi.


EKSPERIMEN 'CELIK AKAL'

Wolfgang Kohler salah seorang ahli kognitif telah menjalankan dua eksperimen terhadap cimpanzi dalam membentuk teori gestalt. Eksperimen pertama, Kohler telah menempatkan seekor cimpenzi yang dalam kelaparan di dalam sebuah sangkar. Di luar sangkar cimpanzi tersebut , di letakkan beberapa batang buluh yang berlainan ukuran panjangnya beserta dengan sebiji pisang yang tidak boleh di capi oleh cimpanzi tersebut. Usaha pertama yang di lakukan oleh cimpanzi tersebut ialah dengan melontar kayu pada pisang. Kemudian cimpanzi tersebut mula sedar bahawa kayu yang ada boleh di gunakan untuk mencapai pisang tersebut. Cimpanzi pintar yang bernama sultan di dapati boleh menyambung dua batang kayu dalam usaha untuk menarik pisang ke kandang. Akhirnya cimpanzi tersebut berjaya memperolehi pisang.







Eksperimen Wolfgang Kohler yang kedua ialah dengan memasukkan seekor cimpanzi ke dalam kandang dan pisang di gantung di bumbungkandang yang tinggi. Beberapa buah kotak di letakkan di atas lantai kandang tersebut. Cimpanzi memulakan usahanya untuk mendapat sebiji pisang di atas bumbung yang tinggi dengan cara melompat beberapa kali. Malangnaya usaha ini tidak membantu cimpanzi tersebut untuk mendapatkan pisang itu. Seterusnya cimpanzi tersebut memerhati sekeliling kandang dan secara tiba-tiba cimpanzi tersebut mengheret satu demi satu kotak yang di letakkan oleh Kohler di lantai kandang. Ia menyusun kotak-kotak tersebut secara bertindih-tindih seperti tangga. Kemudian memanjat kotak-kotak tersebut, akhirnya usaha cimpanzi itu berhasil. 







Eksperimen Kohler ini telah menerangkan bahawa cimpanzi-cimpanzi tersebut berjaya melihat masalah sebagai satu keseluruhan yang bersatu menurut Kohler cerdik akal atau fenomena ‘a-ha’ tidak bergantung kepada pengalaman lalu dan bukan sebagai pemindahan khas. Dimana teori ini melihat kebolehan individu mengamati atau memahami sesuatu masalah secara tiba-tiba. Setelah dapat mengaitkan unsur-unsur yang relevan dalamnya.






TEORI CELIK AKAL KOHLER/GESTALT
Peristiwa mendapat idea secara tiba-tiba dikenali juga sebagai pengalaman Ah-Ha yang merjuk kepada kedapatan ilham atau idea. Menurut pandangan Gestalt, apabila cimpanzi merenung persekitarannya, dia berjaya mengaitkan antara rangsangan (objek-objek) yang ada dalam sangkat tersebut. Sebagai contohnya, dalam eksperimena pertama, cimpanzi dapat melihat ketinggian sangkar dan ketinggian saiz kotak-kotak di dalam sangkarnya.  Dalam eksperimen kedua pula ialah cimpanzi dapat mencongak jarak pisang dan kepanjangan dua batang buluh yang bersambung. Ini bermakna kejayaan melihat perkaitan ini menimbulkan konsep Ah-ha atau menimbulkan idea secara tiba-tiba. Idea secara tiba-tiba ini dapatlah dianalogi dengan mentol yang menyala dalam kepala.










TEORI PENGAMATAN (HUKUM PRAGNANZ)

Kumpulan Gestalt juga mengemukakan teori  pengamatan iaitu bagaimana  manusia melihat dunia. Menurut teori ini, manusia melihat dunia secara keseluruhan. Apabila maklumat mencukupi objek (rangsangan) yang tidak sempurna akan dibentuk oleh kefahaman (makna) oleh otak manusia. Hal ini dinamakan pengamatan dan penaggapan.

Keseluruhanà bahagianà keseluruhan

Sebagai contohnya, kita melihat pokok bunga, kemudian barulah kita  melihat secara spesifik seperti meneliti setiap bahagian yang ada pada poko bunga tersebut seperti bau bunga, bentuk bunga, daun, duri, ranting dan sebagainya. Kemudian kita akan kembali merumus keseluruhan bahagian, warna dan ciri-ciri lain sebagai pokok.


IMPLIKASI TEORI KOHLER TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Konsep celik akal ini perlu diaplikasikan oleh guru sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran. Bagaimana seorang guru itu perlu mengaplikasikan konsep kognitif ini di dalam kelas? Untuk mencapai matlamat ini guru tersebut perlu sentiasa mendorong murid-murid atau pelajarnya untuk berfikir secara divergen, konvergen, induktif, deduktif, kreatif, kritis dan menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seorang guru yang cemerlang akan sentiasa memastikan anak murid atau pelajarnya mempunyai atau sering membina kebolehan untuk membuat perbandingan antara perkara yang difahami dengan mudah yang dimaksudkan dalam bahan bacaan. Untuk memenuhi keperluan atau tuntutan ini, guru tersebut haruslah memberi atau mengajar pelajarnya supaya membuat pengukuhan kendiri. Dalam hal ini pelajar perlu memerhati dirinya sendiri. Contohnya, pelajar perlu menyiapkan atau menyelesaikan kerja rumah sebelum menikmati hidangan. Ini adalah antara cara pengukuhan kendiri yang boleh diambil oleh pelajar supaya dapat membina keyakinan positif.

Pemerhatian perlu untuk membuat perbandingan dan memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar. Tumpuan dan pemerhatian yang dilaksanakan oleh guru terhadap pelajar perlu untuk mendorong pelajar menjadi lebih yakin. Pemerhatian yang positif akan merangsang pelajar untuk berusaha dengan gigih untuk menyiapkan tugasan walaupun tugasan tersebut amat sukar baginya.

Selain itu, pengawalan bermaksud penguasaan individu terhadap pemahamannya. Strategi dibentuk bertujuan untuk meningkatkan kawalan dan pengaturan kendiri semasa proses pembelajaran. Misalnya penguasaan pengiraan dengan menggunakan jari oleh murid berusia tujuh tahun. Pengaplikasian jari dalam pengiraan itu membantu murid tesebut untuk memahami konsep pengiraan sebenar. Sebagai contoh, 3 + 5 = 8, murid tersebut akan menggenggamkan kedua-dua tangannya. Kemudian murid tersebut akan membuka tiga jari tangan kiri dan jari tangan kanan. Hasilnya, dia akan membuka lapan jari. Murid tersebut boleh mencipta soalan dari kaedah ini. Misalnya, 4 + 4 jawapan juga lapan dan 6 + 2 juga lapan. Melalui kaedah ini, murid atau pelajar akan belajar membentuk lebih banyak soalan bagi menguji pemahamannya sendiri.

Pengawasan amat perlu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru itu perlu bijak mengawasi situasi bilik darjah agar sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan selamat. Selain itu, guru juga perlu mengurus pelajarnya dari segi emosi, tingkah laku dan disiplin bagi membolehkan setiap sesi pembelajaran bearjalan lancar. Hasil dari pengawasan ini, maka lahirlah pelajar yang berdisiplin, bermotivasi dan memberi tumpuan dalam pelajarannya dan proses mengingat subjek yang dipelajari mudah dilaksanakan. Kesimpulannya, proses kognitif perlu dititikberatkan oleh guru dan perlu diterapkan di sekolah bagi memudahkan para pelajar untuk mengingati perkara yang telah dipelajarinya. Melalui cara ini, murid-murid di sekolah dapat mengaplikasi pelajaran dengan lebih baik.Para pelajar yang mudah mengingat fakta dan dapat berfikir dengan lebih bijak secara kritis dan kreatif.






ANALISIS TEORI CELIK AKAL KOHLER MENGGUNAKAN TEKNIK SWOT


                Seperti yang kita ketahui, teori celik akal Kohler lebih berpusatkan pelajar dalam pembelajaran. Ini bermaksud, pelajar itu sendiri akan berusaha mencari jalan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Sebagai contohnya, guru-guru yang sentiasa menggalakkan pelajar mencari maklumat tentang isu yang dibincangkan.  Kaedah ini akan menjadikan pelajar bergerak secara aktif dalam mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Kepelbagaian maklumat akan mencetuskan pelbagai persoalan di benak fikiran mereka dan ini akan mendorong mereka untuk mengkaji tentang isu yang berkenaan. Selain itu, pelajar juga akan mendapat maklumat tambahan hasil daripada kaedah ini, dan mereka tidak hanya mengharap ilmu daripada tenaga pengajar. Selain itu juga, kaedah ini dapat melatih pelajar berfikir secara rasional terhadap pekara yang mereka hadapi.  Oleh sebab itulah, konsep Ah-Ha atau ‘mentolo menyala’ akan berlaku pada setiap individu yang dapat mencari kefahaman terhadap rangsangan . Tambahan lagi, kaedah ini dapat mendorong semangat ‘berusaha’ dalam diri pelajar. Seperti yang kita lihat eksperimen cimpanzi yang cuba berusaha mencari jalan untuk mendapatkan pisang tersebut. Situasi ini sama juga dengan manusia, pelajar akan cuba berusaha mencari kefahaman apabila mereka sudah terlazim mencari kefahaman terssebut dengan sendiri.


                Teori celik akal Kholer lebih berpusatkan kepada murid, ini bermakna murid yang aktif dalam konsep pembelajaran. Apabila kita memandang pada perspektif positif, kaedah ini banyak memberi kebaikan kepada minda pelajar. Namun, apabila kita melihat dari sudut negative, teori ini ada juga kelemahan. Sebagai contohnya, murid belajar tiada ‘input’ yang lebih daripada seorang guru. Guru hanya sebagai pemerhati di dalam kelas. Jika pelajar yang rajin, mungkin kaedah ini akan memberi kesan, namun bagaimana pula dengan pelajar yang malas mencari maklumat? Bukankah itu akan membantut mereka dalam mendapatkan maklumat?Selain itu juga, jika pembelajaran yang hanya berpusatkan pelajar, pelajar tidak akan mendapat rujukan daripada guru. Selain itu apabila pelajar tidak mendapat tunjuk ajar daripada guru, pelajar tidak akan jelas tentang sesuatu perkara.



                Teori celik akal yang berpusatkan pelajar ini mungkin lebih sesuai dengan zaman sekarang yang serba canggih. Sebagai contohnya, kecanggihan dunia teknologi yang memudahkan setiap orang mengakses maklumat dengan mudah, sehinggakan timbulnya slogan “maklumat di hujung jari”. Jadi, tidak hairanlah pelajar pada zaman teknologi sekarang terbantut dalam mencari maklumat. Pelbagai infrastruktur teknologi yang telah disediakan oleh pihak kerajaan terutamanya dalam pendidikan. Kini di pedalaman juga mempunyai pusat mengakses maklumat. Secara tidak langsung, teori celik akal ini dapat diaplikasikan dalam pendidikan. Sebagai contohnya, pelajar dikehendaki menyediakan buku skrap tentang sesuatu isu. Untuk mnghasilkan buku skrap ini, pelajar akan berusaha mencari maklumat dari pelbagai sumber. Dengan adanya kemudahan ini, pelajar dapat belajar dan mencari maklumat tanpa bantuan guru.


                Seperti yang telah diterangkan di atas, teori ini tidak akan mempunyai halangan jika setiap sekolah itu mempunyai kemudahan teknologi, namun, ia tetap akan bermasalah apabila guru terlalu memberi kebebasan kepada pelajara dalam mencari maklumat. Tanpa pengetahuan yang sedia ada, pelajar mungkin akan mencari maklumat yang salah. Mungkin juga pelajar akan keliru dengan kepelbagaian maklumat. Selain itu juga, pelajar tidak akan berminat dengan pembelajaran apabila tiada bahan bantu mengajar daripada guru. Selain itu juga, teori ini akan mendapat kekangan jika pelajar hidup dalam persekitaran yang tidak sihat. Sebagai contohnya, pelajar A yang membesar dalam kehidupan keluarga yang tidak mementingkan ilmu, maka apabila pelajar A berada dalam alam persekolahan, pelajar ini akan ketinggalan dalam mendapat ilmu kerana dia tidak mendapat sokongan daripada orang-orang di sekeliling. Apabila pelajar A mengalami masalah, dia akan cepat berputus asa.