Wolfgang Kohler (1887-1967)
BIODATA KOHLER
Wolgang Kohler adalah seorang ahli psikologi yang merupakan pengasas Psikologi Gestalt bersama Kurt Koffka. Kohler terkenal dengan jenis pembelajaran celik akal hasil kajian beliau mengenai pemerosesan kognitif khususnya proses menyelesaikan masalah. Pada tahun 1914 semasa Perang Dunia Pertama, beliau telah menjalankan kajian ke atas lima ekor cimpanzi iaitu Chica, Grande, Konsul, Rana, dan Sultan di Tenerife, Pulau Canary. Berdasarkan hasil kajian tersebut, beliau telah menerbitkan buku berjudul The mentality of Apes pada tahun 1924. Melaui eksperimen yang telah dijalankan, beliau mendapati bahawa apabila haiwan itu berdepan dengan masalah, haiwan itu akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Dalam hal ini, manusia juga mengalami situasi yang sama, iaitu penyelesaian “aha!” terhadap masalah yang mereka hadapi.
EKSPERIMEN 'CELIK AKAL'
Wolfgang Kohler salah seorang ahli kognitif telah menjalankan dua eksperimen terhadap cimpanzi dalam membentuk teori gestalt. Eksperimen pertama, Kohler telah menempatkan seekor cimpenzi yang dalam kelaparan di dalam sebuah sangkar. Di luar sangkar cimpanzi tersebut , di letakkan beberapa batang buluh yang berlainan ukuran panjangnya beserta dengan sebiji pisang yang tidak boleh di capi oleh cimpanzi tersebut. Usaha pertama yang di lakukan oleh cimpanzi tersebut ialah dengan melontar kayu pada pisang. Kemudian cimpanzi tersebut mula sedar bahawa kayu yang ada boleh di gunakan untuk mencapai pisang tersebut. Cimpanzi pintar yang bernama sultan di dapati boleh menyambung dua batang kayu dalam usaha untuk menarik pisang ke kandang. Akhirnya cimpanzi tersebut berjaya memperolehi pisang.
Eksperimen Wolfgang Kohler yang kedua ialah dengan memasukkan seekor cimpanzi ke dalam kandang dan pisang di gantung di bumbungkandang yang tinggi. Beberapa buah kotak di letakkan di atas lantai kandang tersebut. Cimpanzi memulakan usahanya untuk mendapat sebiji pisang di atas bumbung yang tinggi dengan cara melompat beberapa kali. Malangnaya usaha ini tidak membantu cimpanzi tersebut untuk mendapatkan pisang itu. Seterusnya cimpanzi tersebut memerhati sekeliling kandang dan secara tiba-tiba cimpanzi tersebut mengheret satu demi satu kotak yang di letakkan oleh Kohler di lantai kandang. Ia menyusun kotak-kotak tersebut secara bertindih-tindih seperti tangga. Kemudian memanjat kotak-kotak tersebut, akhirnya usaha cimpanzi itu berhasil.
Eksperimen Kohler ini telah menerangkan bahawa cimpanzi-cimpanzi tersebut berjaya melihat masalah sebagai satu keseluruhan yang bersatu menurut Kohler cerdik akal atau fenomena ‘a-ha’ tidak bergantung kepada pengalaman lalu dan bukan sebagai pemindahan khas. Dimana teori ini melihat kebolehan individu mengamati atau memahami sesuatu masalah secara tiba-tiba. Setelah dapat mengaitkan unsur-unsur yang relevan dalamnya.
TEORI CELIK AKAL KOHLER/GESTALT
Peristiwa mendapat idea secara tiba-tiba dikenali juga sebagai pengalaman Ah-Ha yang merjuk kepada kedapatan ilham atau idea. Menurut pandangan Gestalt, apabila cimpanzi merenung persekitarannya, dia berjaya mengaitkan antara rangsangan (objek-objek) yang ada dalam sangkat tersebut. Sebagai contohnya, dalam eksperimena pertama, cimpanzi dapat melihat ketinggian sangkar dan ketinggian saiz kotak-kotak di dalam sangkarnya. Dalam eksperimen kedua pula ialah cimpanzi dapat mencongak jarak pisang dan kepanjangan dua batang buluh yang bersambung. Ini bermakna kejayaan melihat perkaitan ini menimbulkan konsep Ah-ha atau menimbulkan idea secara tiba-tiba. Idea secara tiba-tiba ini dapatlah dianalogi dengan mentol yang menyala dalam kepala.
TEORI PENGAMATAN (HUKUM PRAGNANZ)
Kumpulan Gestalt juga mengemukakan teori pengamatan iaitu bagaimana manusia melihat dunia. Menurut teori ini, manusia melihat dunia secara keseluruhan. Apabila maklumat mencukupi objek (rangsangan) yang tidak sempurna akan dibentuk oleh kefahaman (makna) oleh otak manusia. Hal ini dinamakan pengamatan dan penaggapan.
Keseluruhanà bahagianà keseluruhan
Sebagai contohnya, kita melihat pokok bunga, kemudian barulah kita melihat secara spesifik seperti meneliti setiap bahagian yang ada pada poko bunga tersebut seperti bau bunga, bentuk bunga, daun, duri, ranting dan sebagainya. Kemudian kita akan kembali merumus keseluruhan bahagian, warna dan ciri-ciri lain sebagai pokok.
IMPLIKASI TEORI KOHLER TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Konsep celik akal ini perlu diaplikasikan oleh guru sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran. Bagaimana seorang guru itu perlu mengaplikasikan konsep kognitif ini di dalam kelas? Untuk mencapai matlamat ini guru tersebut perlu sentiasa mendorong murid-murid atau pelajarnya untuk berfikir secara divergen, konvergen, induktif, deduktif, kreatif, kritis dan menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran.
Seorang guru yang cemerlang akan sentiasa memastikan anak murid atau pelajarnya mempunyai atau sering membina kebolehan untuk membuat perbandingan antara perkara yang difahami dengan mudah yang dimaksudkan dalam bahan bacaan. Untuk memenuhi keperluan atau tuntutan ini, guru tersebut haruslah memberi atau mengajar pelajarnya supaya membuat pengukuhan kendiri. Dalam hal ini pelajar perlu memerhati dirinya sendiri. Contohnya, pelajar perlu menyiapkan atau menyelesaikan kerja rumah sebelum menikmati hidangan. Ini adalah antara cara pengukuhan kendiri yang boleh diambil oleh pelajar supaya dapat membina keyakinan positif.
Pemerhatian perlu untuk membuat perbandingan dan memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar. Tumpuan dan pemerhatian yang dilaksanakan oleh guru terhadap pelajar perlu untuk mendorong pelajar menjadi lebih yakin. Pemerhatian yang positif akan merangsang pelajar untuk berusaha dengan gigih untuk menyiapkan tugasan walaupun tugasan tersebut amat sukar baginya.
Selain itu, pengawalan bermaksud penguasaan individu terhadap pemahamannya. Strategi dibentuk bertujuan untuk meningkatkan kawalan dan pengaturan kendiri semasa proses pembelajaran. Misalnya penguasaan pengiraan dengan menggunakan jari oleh murid berusia tujuh tahun. Pengaplikasian jari dalam pengiraan itu membantu murid tesebut untuk memahami konsep pengiraan sebenar. Sebagai contoh, 3 + 5 = 8, murid tersebut akan menggenggamkan kedua-dua tangannya. Kemudian murid tersebut akan membuka tiga jari tangan kiri dan jari tangan kanan. Hasilnya, dia akan membuka lapan jari. Murid tersebut boleh mencipta soalan dari kaedah ini. Misalnya, 4 + 4 jawapan juga lapan dan 6 + 2 juga lapan. Melalui kaedah ini, murid atau pelajar akan belajar membentuk lebih banyak soalan bagi menguji pemahamannya sendiri.
Pengawasan amat perlu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru itu perlu bijak mengawasi situasi bilik darjah agar sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan selamat. Selain itu, guru juga perlu mengurus pelajarnya dari segi emosi, tingkah laku dan disiplin bagi membolehkan setiap sesi pembelajaran bearjalan lancar. Hasil dari pengawasan ini, maka lahirlah pelajar yang berdisiplin, bermotivasi dan memberi tumpuan dalam pelajarannya dan proses mengingat subjek yang dipelajari mudah dilaksanakan. Kesimpulannya, proses kognitif perlu dititikberatkan oleh guru dan perlu diterapkan di sekolah bagi memudahkan para pelajar untuk mengingati perkara yang telah dipelajarinya. Melalui cara ini, murid-murid di sekolah dapat mengaplikasi pelajaran dengan lebih baik.Para pelajar yang mudah mengingat fakta dan dapat berfikir dengan lebih bijak secara kritis dan kreatif.
ANALISIS TEORI CELIK AKAL KOHLER MENGGUNAKAN TEKNIK SWOT
Seperti yang kita ketahui, teori celik akal Kohler lebih berpusatkan pelajar dalam pembelajaran. Ini bermaksud, pelajar itu sendiri akan berusaha mencari jalan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Sebagai contohnya, guru-guru yang sentiasa menggalakkan pelajar mencari maklumat tentang isu yang dibincangkan. Kaedah ini akan menjadikan pelajar bergerak secara aktif dalam mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Kepelbagaian maklumat akan mencetuskan pelbagai persoalan di benak fikiran mereka dan ini akan mendorong mereka untuk mengkaji tentang isu yang berkenaan. Selain itu, pelajar juga akan mendapat maklumat tambahan hasil daripada kaedah ini, dan mereka tidak hanya mengharap ilmu daripada tenaga pengajar. Selain itu juga, kaedah ini dapat melatih pelajar berfikir secara rasional terhadap pekara yang mereka hadapi. Oleh sebab itulah, konsep Ah-Ha atau ‘mentolo menyala’ akan berlaku pada setiap individu yang dapat mencari kefahaman terhadap rangsangan . Tambahan lagi, kaedah ini dapat mendorong semangat ‘berusaha’ dalam diri pelajar. Seperti yang kita lihat eksperimen cimpanzi yang cuba berusaha mencari jalan untuk mendapatkan pisang tersebut. Situasi ini sama juga dengan manusia, pelajar akan cuba berusaha mencari kefahaman apabila mereka sudah terlazim mencari kefahaman terssebut dengan sendiri.
Teori celik akal Kholer lebih berpusatkan kepada murid, ini bermakna murid yang aktif dalam konsep pembelajaran. Apabila kita memandang pada perspektif positif, kaedah ini banyak memberi kebaikan kepada minda pelajar. Namun, apabila kita melihat dari sudut negative, teori ini ada juga kelemahan. Sebagai contohnya, murid belajar tiada ‘input’ yang lebih daripada seorang guru. Guru hanya sebagai pemerhati di dalam kelas. Jika pelajar yang rajin, mungkin kaedah ini akan memberi kesan, namun bagaimana pula dengan pelajar yang malas mencari maklumat? Bukankah itu akan membantut mereka dalam mendapatkan maklumat?Selain itu juga, jika pembelajaran yang hanya berpusatkan pelajar, pelajar tidak akan mendapat rujukan daripada guru. Selain itu apabila pelajar tidak mendapat tunjuk ajar daripada guru, pelajar tidak akan jelas tentang sesuatu perkara.
Teori celik akal yang berpusatkan pelajar ini mungkin lebih sesuai dengan zaman sekarang yang serba canggih. Sebagai contohnya, kecanggihan dunia teknologi yang memudahkan setiap orang mengakses maklumat dengan mudah, sehinggakan timbulnya slogan “maklumat di hujung jari”. Jadi, tidak hairanlah pelajar pada zaman teknologi sekarang terbantut dalam mencari maklumat. Pelbagai infrastruktur teknologi yang telah disediakan oleh pihak kerajaan terutamanya dalam pendidikan. Kini di pedalaman juga mempunyai pusat mengakses maklumat. Secara tidak langsung, teori celik akal ini dapat diaplikasikan dalam pendidikan. Sebagai contohnya, pelajar dikehendaki menyediakan buku skrap tentang sesuatu isu. Untuk mnghasilkan buku skrap ini, pelajar akan berusaha mencari maklumat dari pelbagai sumber. Dengan adanya kemudahan ini, pelajar dapat belajar dan mencari maklumat tanpa bantuan guru.
Seperti yang telah diterangkan di atas, teori ini tidak akan mempunyai halangan jika setiap sekolah itu mempunyai kemudahan teknologi, namun, ia tetap akan bermasalah apabila guru terlalu memberi kebebasan kepada pelajara dalam mencari maklumat. Tanpa pengetahuan yang sedia ada, pelajar mungkin akan mencari maklumat yang salah. Mungkin juga pelajar akan keliru dengan kepelbagaian maklumat. Selain itu juga, pelajar tidak akan berminat dengan pembelajaran apabila tiada bahan bantu mengajar daripada guru. Selain itu juga, teori ini akan mendapat kekangan jika pelajar hidup dalam persekitaran yang tidak sihat. Sebagai contohnya, pelajar A yang membesar dalam kehidupan keluarga yang tidak mementingkan ilmu, maka apabila pelajar A berada dalam alam persekolahan, pelajar ini akan ketinggalan dalam mendapat ilmu kerana dia tidak mendapat sokongan daripada orang-orang di sekeliling. Apabila pelajar A mengalami masalah, dia akan cepat berputus asa.
If you're trying hard to lose pounds then you certainly have to start following this brand new tailor-made keto diet.
ReplyDeleteTo produce this keto diet service, certified nutritionists, fitness trainers, and professional cooks joined together to develop keto meal plans that are powerful, painless, economically-efficient, and delightful.
Since their grand opening in early 2019, 1000's of people have already transformed their body and well-being with the benefits a certified keto diet can provide.
Speaking of benefits: in this link, you'll discover 8 scientifically-confirmed ones offered by the keto diet.