MAB

Monday, August 16, 2010

BRUNER-PENGASAS TEORI KOGNITIF



Seymour Jerome Bruner


Seymour Jerome Bruner telah dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Insan yang lebih dikenali sebagai J.Bruner ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Anak kepada Herman dan Rose (Glickmann) Bruner, telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Bruner bersekolah di sekolah umum, lulus dari sekolah tinggi pada tahun 1933, dan masuk Duke University di mana ia mengambil jurusan psikologi, mendapat gelaran AB pada tahun 1937. Bruner kemudian mengejar kajian pascasarjana di Harvard University, menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force Eropah. Beliau memainkan peranan yang penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik moden di Amerika Syarikat. 


Antara pencapaian yang telah diperolehi oleh berliau adalah seperti, BA, Duke University, 1937, PhD, Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard (1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA Pingat Emas, 1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk memahami fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences.


MAKLUMAT TEORI


Jerome Bruner telah banyak menghasilkan penulisan dalam bidang teori-teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Kebanyakkan hasil penyelidikan beliau, terutama bukunya yang berjudul The Process of Education, telah menjadi bahan rujukan yang penting dalam menggubal kurikulum matematik moden di kebanyakkan negara. 


Bruner telah mengembangkan teori pembelajaran konstruktivis, di mana, antara lain, beliau telah menggambarkan proses pembelajaran, situasi yang berbeza dari perwakilan dan karakteristik teori Arahan. Bruner telah mengambil banyak karya Jean Piaget. 



BELAJAR


Belajar pada dasarnya adalah kategori yang terjadi untuk memudahkan interaksi dengan realiti dan memudahkan tindakan. Kategori tersebut berkait rapat dengan proses seperti pemilihan maklumat, generasi proposal, fasilitasi, proses membuat keputusan dan pembinaan dan ujian hipotesis. Murid yang belajar berinteraksi dengan realiti menetapkan kemasukkan yang sesuai dengan kategori mereka sendiri. Di mana mereka akan menentukan kategori konsep yang berbeza.


Hal ini kerana ini kerana belajar adalah sebuah proses aktif dari persatuan dan pembinaan. Konsekuensi lain merupakan struktur pengetahuan para pelajar yang sebelumnya (model mental mereka dan skim), merupakan faktor penting dalam belajar. Ini memberi makna kepada organisma untuk menimba pengalaman dan membolehkannya untuk membentuk suatu media seperti peraturan ini: 


a) menentukan sifat-sifat penting dari para ahlinya, termasuk komponen esensialnya.


b) menggambarkan bagaimana mereka harus diintegrasikan komponen penting.


c) menentukan batas-batas toleransi atribut yang lain untuk ahli termasuk ke kategori. 


Bruner membezakan dua proses yang berkaitan dengan kategori: pembentukan konsep (mempelajari konsep yang berbeza) dan konsep Tingkat (mengenalpasti sifat yang menentukan kategori). Bruner berpendapat bahawa pembentukan konsep merupakan proses yang terjadi lebih semua daripada konsep pada orang 0-14 tahun, sementara konsep konsep Tingkat pembentukan berlaku bukan dari usia 15 tahun. 


Menurut Bruner (1973), konsep boleh di kelaskan kepada tiga kategori, iaitu konsep konjuntif, konsep disjuntif dan konsep hubungan.

· Konsep konjuntif


Merujuk kepada konsep yang mempunyai beberapa atribut yang tergabung dan tidak boleh dipisahkan ataupun dikurangkan. Apabila atribut ini diketepikan, maka, konsep tersebut menjadi kurang lengkap.


· Konsep disjuntif


Merujuk kepada atribut-atribut yang tergabung di dalam konsep ini boleh digunakan dalam satu situasi ataupun situasi yang lain. 


· Konsep hubungan


Merujuk kepada kepada hubungan khas antara satu sama lain yang wujud diantara antribut-antribut tersebut. Kebanyakkan hubungan ini biasanaya terdiri daripada antribut-antribut yang mengandungi masa dan ruang.
Bruner berpendapat, fungsi konsep utama adalah menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea, dengan bertujuan memudahkan pengurusan agar lebih ringkas, mudah difahami, mempelajari serta mengingati. Bahasa ialah perwakilan penting dalam perkembangan kognitif manusia. Beliau mempercayai manusia mula menggunakan tindakan sebagai usaha memahami alam sekitar, dan apabila tindakan tidak mencukupi, ia akan bertukar kepada penggunaan gamabar atau perwakilan simbol di mana bahasa memainkan peranan. 


ASPEK TEORI PEMBELAJARAN


Bruner berpendapat bahawa setiap teori Arahan harus mempertimbangkan empat aspek berikut:


1) kecenderungan terhadap pembelajaran


2) bagaimana pengetahuan boleh ditetapkan sehingga yang terbaik untuk diinternalisasi oleh pelajar


3) urutan paling efektif dalam menyajikan bahan bantu mengajar


4) Sifat dari hadiah dan ganjaran. 



IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Berikut adalah implikasi dari teori Bruner dalam pendidikan: 
a) Teorem pembelajaran Matematik


Dalam mengenal pasti faktor-faktor yang terlibat Bruner dan Kenny (pembantunya) telah membuat pemerhatian di dalam kelas Matematik. Hasilnya mereka telah Berjaya membina empat teorem pembelajaran seperti berikut:


· Teorem Pembinaan


Merupakan cara paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik. Caranya adalah dengan membina perwakilan untuk konsep, prinsip mahupun hukum Matematik tersebut. Para pelajar perlulah menjalankan sendiri aktiviti-aktiviti konkrit agar mereka lebih memahami. 


· Teorem Tatatanda


Tatatanda Matematik ini perlulah mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar itu sendiri. Ianya perlulah bermula dari mudah ke sukar mengikut tahap pemikiran pelajar pada waktu itu.


· Teorem Kontras dan Variasi


Operasi ini terjadi apabila terdapat prosedur perkenalan perwakilan abstrak daripada perwakilan konkrit. Konsep Matematik kebanyakkannya tidak memberikan makna kepada pelajar jika mereka tidak dapat membezakan konsep yang lain. Konsep nombor ganjil dan nombor genap perlu dijelaskan dengan membandingkan sifat-sifat yang berbeza dalam kedua-dua jenis nombor tersebut.


· Teorem Perhubungan


Konsep, prinsip dan kemahiran Matematik adalah saling berkaitan dengan kemahiran yang lain. Di dalam proses pembelajaran, guru perlu bijak mengaitkan konsep-konsep, prinsip-prinsip atau kemahiran yang baru kepada pelajar. 

b) Strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik


Seseorang murid belajar dengan cara menemui strukturkonsep-konsep yang dipelajari. Oleh yang demikian, Bruner berpendapat kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Selain itu, pengajaran adalah berdasarkan rangsangan murid tersebut terhadap pengetahuan sedia ada mereka. Beliau turut mengatakan bahawa pembelajaran Matematik akan menjadi lebih mudah dengan penggunaan symbol untuk mewakili konsep-konsep yang berbentuk abstrak. 

c) Prinsip-prinsip pengajaran-pembelajaran


Melalui buku tulisan Bruner (1966) yang berjudul Toward a Theory of Instruction, beliau menghuraikan empat prinsip pengajaran-pembelajaran berlandaskan teori yang dikemukakan oleh beliau sendiri.


· Prinsip motivasi


Bruner mempercayai bahawa kanak-kanak yang baru masuk sekolah mempunyai dua jenis motivasi diri, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Intrinsik ingin tahu adalah satu motivasi yang mendorong minat kanak-kanak terhadap benda di sekeliling mereka. Manakala, dorongan untuk mencapai kecekapan diri adalah aktiviti yang menggerakkan mereka untuk mencuba secara rela hati dengan menyempurnakannya sendiri disamping saling bersaing sesame mereka. 


· Prinsip struktur


Prinsip struktur memberikeutamaan terhadap isi pelajaran yang sesuai dengan bentuk pengajaran, dan apa jenis bentuk pengajaran yang sesuai digunakan kepada murid itu sendiri. Bruner mencadangkan, penggunaan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak.


· Prinsip sekuen


Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang pertama (prinsip kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi untuk menimbulkan motivasi yang berterusan kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Prinsip seterusnya adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar. Kaedah dan teknik mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu. Secara tidak langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan mental kanak-kanak. Prinsip sekuen ini dapat menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama serta keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.


· Prinsip peneguhan


Bruner mencadangkan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan sebagai strategi pengajaran-pembelajaran untuk member kesempatan kepada kanak-kanak membuat kajian sendiri, agar mereka akan memperolehi kepuasan daripada dapatan kajiannya, demi menghasilkan peneguhan positif yang diharapkan. 


d) Pembelajaran inkuiri-penemuan (Discovery Learning)


Kaedah ini digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, guru perlulah mengatur situasi pembelajaran untuk pelajar mereka dalam mengenal pasti masalah yang ditimbulkan, memahami dan menganalisisnya serta berusaha mencari alternatif jawapan sendiri.


e) Pembelajaran konsep hukum dan prinsip melalui pendekatan induktif 


Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan. Penggunaan kaedah ini memerlukan guru memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Melalui contoh-contoh inilah, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung di dalam contoh-contoh tersebut. Sejerus itu, mereka mampu membuat kesimpulan sendiri mengenai topik tersebut.


ANALISIS SWOT


Analisis SWOT adalah sebuah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai Kekuatan, Kelemahan, Peluang, dan Ancaman yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam sesuatu teori yang dikemukakan. Bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor dalaman dan luaran yang menguntungkan dan tidak menguntungkan untuk mencapai tujuan tersebut. 


Oleh yang demikian, analisis kesimpulan yang boleh didapati dalam teori Bruner ini adalah terdapat kelebihan dan kelemahan yang tidak dapat dielakkan. Kebaikan yang dapat ditonjolkan adalah ianya lebih berpusatkan kepada murid. Di mana teori ini memerlukan murid berfikir secara kritikal dalam menerima proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, ianya dapat membantu murid-murid untuk melihat dari pelbaga perspektif yang berbeza, murid dapat menganalisis perbezaan dan persamaan yang telah dipelajari. 


Manakala, kelemahan yang tidak dapat dielakkan adalah, murid hanya akan mengunakan kehendak dan emosi dalam memastikan mereka mencapai objektif pelajaran tersebut. Tetapi, jika dilihat dari segi peluang, murid-murid akan belajar mempunyai pendirian dan keyakinan pada diri sendiri. Selain, ianya tidak menyekat pengetahuan murid tersebut. Ancaman yang mungkin dihadapi adalah, apabila tenaga pengajar melebih-lebihkan murid yang lebih menonjol berbanding murid-murid yang lain. Maka, tanpa disedari wujud satu suasana bias di kalangan murid-murid.


Menyedari akan kelebihan, kekurangan, peluang dan ancaman dari teori ini, guru perlu bersikap proaktif dan kreatif dalam mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Agar dapat mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan murid-murid.

No comments:

Post a Comment